KUIH BAKAR PANDAN @ bolu kemboja mak cikbesah

Published 2021-10-07
Assalamualaikum !
Semoga kita semua sentiasa di dalam perlindungan Allah swt, diberi kekuatan utk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Aamiin3 ya Robbal alaamiin.🀲🏼

Kuih bakar pandan ini sangat istimewa bagi makcik kerana jarang2 dapat makan semasa kecil2 dulu. Biasanya emak akan buat kuih ni bila dekat2 nak Raya, bila dia buat kuih bahulu. Setiap menjelang Raya mak akan buat berjenis2 bahulu. Bahulu lapis, bahulu gulung & bahulu cermai. Bapak lah yg menjadi 'hero' memukul telur yg berpuluh2 biji banyaknya. Satu tempayan!
Kedua2 kakak makcik pulak merupakan assistant mak yg setia. Tercongok depan oven buatan bapak yg bahan bakarnya guna sabut. Anak perempuan yg kecik tu..lebih kpd menyibuk & mengacau mereka! πŸ˜πŸ™ˆ
Isyy..melalut plak.. berbalik kpd kuih bakar ni, arwah mak panggil bolu kemboja. Ia akan diadun bila telur dalam tempayan tu dah tinggal agak2 dalam semangkuk. Mak akan tambah santan, perahan daun pandan & jg air perahan daun suji/pandan serani utk dapatkan warna hijau alami. Makcik lah org yg paling seronok bila aroma harum kuih bakar ni terawang2 di udara! Rasa tak sabar nak berbuka! πŸ˜…πŸ™ˆ

All Comments (6)